FUN MATHs - Soduku Tahun 4

16 April - Panitia Matematik telah melaksanakan satu program iaitu Fun Maths Soduku untuk murid tahun 4 seperti yang telah diluluskan dalam RFP 2016. Program ini disertai oleh murid tahun 4 seramai 84 orang.

Aktiviti 1 :       PENGENALAN SODUKU – En Mohamad Jarkasi
Guru menerangkan salah satu permainan Matematik yang digemari oleh pencinta Matematik. Menerangkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam melengkapkan soduku. Selain itu juga, guru menerangkan teknik-teknik untuk menyelesaikan soduku.

Aktiviti 2 :       ASAS SODUKU – En Fong Mew Meng
Guru menerangkan cara-cara untuk mendahulukan penyelesaian soduku.  Membimbing murid dengan menyenaraikan nombor yang belum ditulis serta berkongsi idea untuk memudahkan penyelesaian.

Aktiviti 3 :       CUBA SODUKU – En Mohamad Rizal
Murid didedahkan dengan hiburan Matematik ini secara individu. Guru akan bersama-sama menerangkan cara untuk melengkapkan dan menyelesaikan soduku yang diagihkan.


Semoga program ini memberi manfaat kepada murid-murid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan