LINUS 2.0 Bersama Ibu Bapa

Pada 03 Februari, pihak sekolah telah mengadakan sesi pertemuan ibu bapa murid yang tidak berjaya melepasi saringan LINUS 2.0 pada tahun 2015. Pertemuan ini membincangkan masalah yang dihadapi oleh murid dan kaedah yang yang akan dilakukan oleh pihak sekolah dalam usaha mengatasi masalah tersebut.


Pihak sekolah akan mengadakan kelas bimbingan secara kumpulan kecil untuk murid yang terlibat selepas waktu pembelajaran iaitu pada pukul 12.40 pm - 1.10 pm.
Diharap usaha ini akan membantu murid-murid tersebut dan mendapat sokongan daripada ibu bapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan